Pengiktirafan RCSEd tanda penghargaan kepada KKM, negara
Iklan
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan penganugerahan Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) International Medal 2021 yang diterima baru-baru ini, amat bermakna dan satu penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan negara.
Beliau dalam catatan di Facebook pada Isnin, turut merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas limpah perkenan Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan tahniah kepada beliau susulan penganugerahan itu.