Nadma minta jawatankuasa pengurusan bencana diaktifkan
Iklan
Laporan Sinar Harian.
KUALA LUMPUR - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah diaktifkan sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana di Sabah dan Labuan.
Ia susulan amaran hujan berterusan tahap waspada (kuning) dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad, melibatkan beberapa lokasi di Sabah dan Labuan sehingga esok (26 September).
Iklan
Iklan
Menurut Nadma, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi keperluan asas.
Selain itu, Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga dimohon supaya mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi dan berada dalam keadaan baik serta bersedia untuk digunakan.
Iklan
"Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Nadma akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal,” menurut hantaran di Facebook Nadma pada Ahad.
MetMalaysia memaklumkan lokasi yang terlibat di Sabah adalah di pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>