Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Dr Noor Hisham
Iklan
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atas penganugerahan Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) International Medal 2021 baru-baru ini sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Iklan
Iklan
Menurut catatan di akaun Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas penganugerahan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr Noor Hisham dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan yang berterusan.
Iklan
Dr Noor Hisham menerima anugerah tersebut daripada Presiden RSCEd Prof Michael Griffin pada majlis santapan malam bagi memuliakan keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, felow terhormat RSCEd yang juga Canselor Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia.
Turut berangkat pada majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ancaman keselamatan global: Mekanisme pengurusan krisis perlu terus diperkukuh - Anwar"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803042/berita/nasional/ancaman-keselamatan-global-mekanisme-pengurusan-krisis-perlu-terus-diperkukuh---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #ancamankeselamatanglobal #sidangdewanrakyat #pm"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T04:09:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P282S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt16xy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt16xy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt16xy"></script>