Tambah baik infrastruktur OKU selepas Covid-19

Iklan
Suliana (belakang, kanan) dan Kaka (tiga dari kiri) meraikan kanak-kanak sempena Program Amal YOKUK Karnival 2022 pada Sabtu.

KOTA BHARU - Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) berusaha menambah baik infrastruktur perkhidmatan rawatan supaya lebih mesra OKU di negeri.

Pengerusinya, Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata, antara kemudahan utama ialah terapi berkuda dan kolam terapi hidro.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, yayasan itu turut melantik beberapa juruterapi bagi melatih dan merawat pesakit yang berdaftar dengan pusat itu.

"Banyak sesi terapi yang tergendala ketika Covid-19 tetapi kini kita berusaha memberi perkhidmatan untuk semua pesakit yang memerlukan.

Iklan

"Setiap sesi bergantung kepada tahap kesihatan pesakit dan ada yang mencapai sehingga dua tahun seperti terapi berkuda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Amal YOKUK Karnival 2022 di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, YOKUK yang tubuhkan 22 tahun lalu memberi perkhidmatan percuma kepada lebih 6,000 OKU di negeri ini selain menawarkan menyediakan rawatan paliatif dan latihan vokasional.

Selain itu, bagi meningkatkan fasiliti katanya, YOKUK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada golongan korporat dan individu.

"Kami tidak hanya membantu OKU semata-mata malah memberi perkhidmatan kepada ahli keluarga yang memerlukan kewangan dan nasihat," katanya.

Suliana juga mengalu-alukan sukarelawan bagi membantu 30 kakitangan di pusat itu bagi membolehkan lebih ramai keluarga OKU menerima manfaat atas usaha YOKUK.

Dalam pada itu, Suliana berharap kerajaan dapat meningkatkan elaun kepada golongan OKU sempena Bajet 2023.

"Banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan OKU dan mereka yang menguruskannya," katanya.

Program Amal YOKUK Karnival 2022 dihadiri penyanyi terkenal Kaka Azraf yang menyampaikan lagu Standing In The Eyes Of The World.