Aksi berahi dibalik premis urut

Iklan
Premis yang diserbu D7 Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Modus operandi sebuah premis urut terletak di Jalan Raden Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, di sini, yang menyajikan tawaran seks oleh wanita warga asing dibongkar.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi Ops Noda, malam tadi.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, serbuan kira-kira jam 9.05 malam itu diketuai pegawainya, Asisten Superintendan Ridhuan Abdul Razak.

"Lima wanita warga Vietnam disyaki pelacur serta seorang lelaki tempatan merupakan pengurus premis berusia lingkungan 18 hingga 33 tahun telah ditahan.

Iklan

"Polis kemudian merampas 12 keping kondom, dua keping kertas jadual kerja, dua helai tuala serta wang tunai RM500," katanya kepada Sinar Harian.

Rohazah berkata, siasatan mendapati premis ini baru beroperasi sejak lapan hari lalu dan dipercayai menawarkan khidmat seks dengan harga RM170. Kegiatan itu 'dipromosikan' menggunakan aplikasi sosial Wechat.

Iklan

Katanya, susulan itu, tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merobohkan pintu dinding bilik yang diubahsuai dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak DBKL.

"Premis itu juga disita untuk tindakan lanjut pihak DBKL yang disiasat mengikut Seksyen 79 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)," katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 472B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39(b) Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.