Media berkumpul seawal 7 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam

Iklan
Para petugas media berkumpul di hadapan pintu masuk Mahkamah Shah Alam bagi mengikuti perkembangan keputusan melibatkan Ahmad Zahid pada Jumaat.

SHAH ALAM - Para petugas media berkumpul di hadapan pintu masuk Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini seawal jam 7 pagi pada Jumaat sementara menunggu kebenaran untuk memasuki pekarangan mahkamah.

Petugas media hadir bagi mengikuti perkembangan keputusan melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.

Iklan
Iklan