Negeri Sembilan, Kedah ungguli ragbi Sukma MSN 2022

Iklan
Pemain Negeri Sembilan bersama pingat emas yang dimenanginya selepas menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir ragbi Sukma MSN 2022 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, pada Khamis.

NEGERI Sembilan mengakhiri penantian 36 tahun untuk muncul juara ragbi Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 selepas menewaskan Selangor 14-0 dalam perlawanan akhir di Padang Ragbi UiTM, Shah Alam pada Khamis.

Skuad lelaki Negeri Sembilan yang tampil agresif ternyata memberi tekanan kepada Selangor menerusi try gandingan Dhia Darwisy Othman dan Ali Imran Mohd Suhaimi.