'PRU15 masih sempat diadakan sebelum musim banjir'
Iklan
Asyraf dalam hantaran di Facebook berpandangan PRU15 masih sempat diadakan sebelum musim banjir tahun ini.
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih sempat diadakan pada awal November ini bagi mengelak musim banjir yang diramal berlaku di penghujung bulan tersebut.
Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai keupayaan melaksanakan PRU15 itu dalam tempoh empat minggu sekiranya Parlimen dibubarkan pada awal Oktober.
Iklan
Iklan
Ujarnya, berdasarkan rekod PRU14, pembubaran Parlimen dibuat pada 7 April 2018 dan SPR mengadakan pilihan raya umum tersebut pada 8 Mei 2018 iaitu kurang dari tempoh sebulan.
"Ramail yang mendesak terutamanya pembangkang supaya PRU15 ditangguhkan.
Iklan
Saya juga bersetuju bahawa PRU wajar ditangguhkan jika banjir benar-benar berlaku.
"Berdasarkan kepada rekod kerja SPR pada PRU lepas dan mengambil kira ramalan banjir masa kini, membuktikan kita masih sempat dan dapat mengadakan PRU sebelum musim banjir jika dewan dibubar awal Oktober," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Iklan
Ujar beliau, ramalan MET Malaysia yang menjadi rujukan utama masa kini boleh menjadi landasan tepat supaya Parlimen boleh dibubar pada awal Oktober terutama antara tempoh 7 sehingga 10 Oktober.
Jelasnya, jika dibubar pada tarikh tersebut, maka PRU15 dapat dan sempat dibuat pada awal November iaitu dua hingga tiga minggu sebelum ramalan hujan lebat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>