Rompak kedai serbaneka guna parang, pisau

Iklan
Gambar kecil: Mohd Rosdi

KOTA BHARU - Dua lelaki bersenjatakan parang dan pisau bertindak merompak wang tunai serta sejumlah rokok di sebuah kedai serbaneka di Cabang Tiga Pengkalan Chepa di sini, pada jam 5 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa yang berseorangan di kedai ketika itu didatangi dua lelaki tidak dikenali yang bertindak mengambil wang tunai serta pelbagai jenis rokok.

Iklan
Iklan

"Menurut mangsa, semasa kejadian dia berada di kaunter kedai dan tiada pelanggan.

Menurut beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Jelasnya suspek menaiki kereta jenis Perodua Axia berwarna merah dan usaha mengesannya kini giat dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.

Iklan

"Jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.