Kelajuan, kenderaan sendiri punca kemalangan maut

Iklan
Ibu bapa berpeluang berkongsi maklumat mengenai kemalangan melibatkan kanak-kanak pada Program Inisiatif Keselamatan Pejalan Kaki dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah pada Isnin. Gambar kecil: M Kulanthayan

KOTA BHARU - Kelajuan dan penggunaan kenderaan sendiri antara faktor mengakibatkan kematian kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya di negara ini.

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Jabatan Kesihatan Komuniti, Dr M Kulanthayan berkata, secara purata seramai 1,000 daripada 6,000 kematian membabitkan kanak-kanak yang dikategorikan berusia di bawah 18 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ramai kanak-kanak menjadi pembonceng motosikal dan menunggang tanpa pengetahuan ibu bapa.

"Angka dicatatkan itu sebelum pandemik Covid-19 yang melibatkan jumlah keseluruhan 550,000 kes.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Inisiatif Keselamatan Pejalan Kaki dalam Kalangan Kanak-Kanak Sekolah di sini pada Isnin.

Kulanthayan sebelum itu memberi taklimat keselamatan jalan raya kepada ibu bapa untuk dikongsi kepada anak-anak.

Iklan

"Kanak-kanak itu kemudian digalakkan meluahkan perasaan mereka melalui lukisan sebelum diimplementasikan bersama rakan lain," ujarnya

Beliau yang juga Penyelidik Bersekutu Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia yakin kaedah itu dapat membantu memberi kefahaman kepada kanak-kanak berkaitan kemalangan dan solusinya.

Pada sidang akhbar sama, Kulanthayan memaklumkan pada tahun lalu, jumlah kemalangan dicatatkan lebih 370,000 kes membabitkan 4,539 kematian.

"Kebanyakan kematian membabitkan pembonceng motosikal diikuti penumpang kereta dan pejalan kaki," jelas beliau.