Tiga maut dalam kemalangan dua motosikal

Iklan
Kemalangan melibatkan dua motosikal di KM19, Jalan Julau, kira-kira 40 kilometer dari Sibu, pada malam Khamis.. - Gambar hiasan

SIBU - Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di KM19, Jalan Julau, kira-kira 40 kilometer dari sini, malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Beluling berkata, dua yang maut ialah Mathew Many Jonathan, 25, dan Nelson Chendang, 21, manakala identiti seorang lagi mangsa yang maut dan wanita berkenaan belum dikenal pasti.

Iklan
Iklan

"Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat manakala wanita itu turut dirawat di hospital sama,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada 10.24 malam dan satu pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor digegaskan ke lokasi kejadian.

Iklan

Katanya operasi menyelamat tamat sepanuhnya pada 2 pagi. - Bernama

Iklan