'Saya tak pernah lihat badan kehakiman bebas seperti sekarang'
Iklan
Tun Musa Hitam
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, beliau tidak pernah melihat badan kehakiman bebas seperti hari ini terutama melibatkan hal ehwal politik.
Beliau menyifatkan institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya terhadap golongan yang mempunyai kepentingan politik.
Iklan
Iklan
Memetik laporan portal berita Astro Awani pada Khamis, Musa tidak menolak ada juga golongan yang gembira kerana sistem perundangan negara memperlihatkan tiada campur tangan daripada kerajaan.
Musa berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia Persatuan Dyslexia Malaysia di ibu negara, pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan mahkamah berkaitan dengan kes penyelewengan dana serta rasuah yang menyaksikan beberapa ahli politik dijatuhkan hukuman.
Tambah Musa, kebebasan badan kehakiman perlu dipertahankan bagi memastikan prinsip keadilan terus ditegakkan di negara ini.
Iklan
"Jika anda terlibat secara emosi, anda mungkin tidak gembira. Sangat jelas dalam badan kehakiman kita adalah bebas, malah peguam adalah sebahagian daripada isu kebebasan institusi ini.
"Tetapi bagi saya setakat ini dalam hidup saya ini tidak pernah sebebas yang saya saksikan dalam hidup saya," ujarnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>