SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bakal terlibat dalam misi bencana banjir disaran mengutamakan pembelian produk tempatan sebagai barang sumbangan kepada mangsa terbabit dalam bencana itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat membantu pengusaha khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memajukan perniagaan mereka.