Agong, Permaisuri wakili Malaysia ke istiadat pemakaman
Iklan
PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada Isnin.
Perkara itu dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kepada pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Luar, di sini hari ini.