Ambulans terbalik dirempuh SUV

Iklan
Keadaan ambulans dan Honda HR-V yang terlibat dalam kemalangan.

KUANTAN - Sebuah ambulans Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) terbalik selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V di Jalan Sultan Abdullah DK persimpangan lampu isyarat dan jejambat berhampiran Kolej Universiti Widad di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, ambulans terbabit dinaiki dua pembantu perubatan dan pemandu itu dalam perjalanan membawa seorang pesakit yang merupakan mangsa kemalangan di Petronas Sungai Lembing menuju ke HTAA.

Iklan
Iklan

Dalam kemalangan itu, ambulans berkenaan dikatakan berpusing sekali sebelum terbalik di jalan berhadapan Kolej Universiti Widad.

Mangsa kejadian yang merupakan Pembantu Perubatan HTAA, Zulkaham Abdul Wahab berkata, ambulans dinaiki mereka dirempuh pada bahagian tengah oleh SUV.

Iklan

Menurutnya, kenderaan yang dinaiki mereka itu kemudian berpusing sekali sebelum terbalik.

"Orang ramai datang membantu dengan membuka pintu ambulans dan membawa semua mangsa keluar tepi jalan termasuk pesakit kemalangan," katanya.

Iklan

Difahamkan, pemandu Honda HR-V adalah seorang wanita dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku dan bantuan penyelamat tiba selepas 10 minit kejadian.

Berikutan kejadian itu kawalan lalu lintas dikawal oleh Pasukan Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.