Malaysia mampu capai RM70 bilion sasaran pelaburan digital
Iklan
Ismail Sabri (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran WCIT2022 yang disempurnakan Tun Ahmad Fuzi (tengah) di Spice Arena, Bayan Baru, Georgetown pada Selasa.
GEORGETOWN - Malaysia berada di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025, selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia telah memainkan peranan penting sebagai hab pelaburan digital di ASEAN.
Iklan
Iklan
"Dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia, ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan tinggi, hari ini, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan digital utama di ASEAN," katanya ketika menyampaikan ucap tama pada majlis Kongres Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (WCIT) 2022 di Spice Arena, Bayan Baru di sini, pada Selasa.
Kongres dihadiri lebih 4,000 peserta dari lebih 80 buah negara itu dirasmikan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Iklan
Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, melalui inisiatif Malaysia Digital (MD) berjaya meraih nilai Pelaburan Digital Langsung Asing sebanyak RM42 bilion hanya dalam tempoh dua bulan ia dilancarkan iaitu pada Julai lalu.
Iklan
Beliau berkata, nilai itu dijana melalui pelaburan sebanyak 28 buah syarikat asing terdiri daripada syarikat dalam sektor Pusat Data; Penyedia Perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT); Teknologi Kandungan Kreatif dan Global Business Services (GBS).
"Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara kerana akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan ekonomi digital,"katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Ismail Sabri menambah, negara turut merekodkan Pelaburan Digital Langsung Domestik sebanyak RM4.76 bilion setakat 24 Ogos lalu.
Jelas beliau, menerusi usaha itu sebanyak 6,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi sudah diwujudkan dan peluang tersebut akan terus meningkat pada masa akan datang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>