Harga sayur di Melaka naik
Iklan
Pasar MBMB du Bachang turut mengalami kenaikan harga disebabkan faktor hujan.
MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengesan tiga pasar utama negeri ini berlaku kenaikan harga sayur sehingga lapan peratus sejak minggu lalu.
Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, ia berikutan faktor cuaca hujan berpanjangan sejak kebelakangan ini mengakibatkan tanaman sayur tidak menjadi di negeri-negeri pengeluar sayur.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pegawai dan penguat kuasa di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang, Pasar Besar Jasin dan Pasar Besar Alor Gajah mendapati terdapat perbezaan harga yang ketara antara pasar di Merlimau, Jasin dan MBMB.
"Kita lihat permintaan sayur di negeri ini melebihi keupayaan pengeluar tempatan yang membekalkan secara kecil-kecilan dan ada terpaksa dibawa masuk dari Pasar Borong Selayang dan Cameron Highlands," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan boling bersama pengamal media di Program Rakan KPDNHEP Jom Teguh Bersama di Ayer Keroh di sini pada malam Isnin.
Sebahagian pengamal media dan kakitangan KPDNHEP Melaka yang menyertai Program Rakan KPDNHEP Jom Teguh Bersama di Ayer Keroh pada malam Isnin.
Tambah beliau, meskipun kenaikan kecil itu tidak dapat dielakkan disebabkan perubahan cuaca, namun pihaknya akan terus melakukan pemantauan agar tiada yang mengambil kesempatan.
Iklan
Jelas beliau, selain faktor cuaca kenaikan itu juga mungkin berlaku kerana ada peniaga yang mengambil bekalan sayur daripada orang luar dan melibatkan banyak peringkat.
"Contoh harga sawi di Pasar Besar MBMB RM4.50 sekilogram berbanding RM6.50 di Merlimau sedangkan itu kawasan luar bandar, manakala brokoli masing-masing berharga RM12 dan RM16," kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>