MyTQA versi baharu rujukan pilih produk pelancongan
Iklan
Nancy Shukri. Foto: MOTAC.
SHAH ALAM – Pengenalan Program Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) versi baharu membolehkan ia berperanan sebagai rujukan kepada orang ramai untuk memilih produk pelancongan yang terbaik untuk dilawati.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengenalan Program MyTQA versi baharu juga bagi memberi peluang kepada lebih ramai pemain industri untuk menyertainya serta dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Iklan
Iklan
"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga sentiasa bersedia untuk memperluaskan Program MyTQA ini kepada lain-lain pemain industri di bawah sektor pelancongan, seni dan budaya bergantung kepada kesesuaian serta keperluan dari semasa ke semasa.
"Kerjasama yang berterusan daripada penggiat industri amatlah diharapkan supaya dapat bersama-sama MOTAC dalam menjayakan Program MyTQA ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, MOTAC memaklumkan Program MyTQA versi baharu telah dilancarkan di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan Malaysia.
Kata kenyataan itu, Program MyTQA yang mula diperkenalkan pada tahun 2014 merupakan inisiatif bagi memberikan pengiktirafan kepada produk pelancongan serta memberi penekanan kepada penggiat industri pelancongan supaya lebih mengutamakan mutu perkhidmatan yang disediakan dan menaiktaraf kualiti kemudahan.
Iklan
Menurut MOTAC, penstrukturan semula kategori di bawah MyTQA dari 13 kategori sedia ada kepada tujuh kategori baharu adalah berdasarkan segmen-segmen yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Pelancongan Negara (DPN 2020-2030).
"Penstrukturan semula kategori ini memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai pemain industri untuk memohon pengiktirafan di bawah Program MyTQA ini,” kata kenyataan itu.
MOTAC berkata, sehingga kini sebanyak 61 produk pelancongan dari pelbagai kategori di seluruh negara telah menerima pengiktirafan MyTQA dan bilangan produk ini akan bertambah.
"Memandangkan bagi tahun 2022 sahaja pihak MOTAC telah menerima 28 permohonan baharu dan penilaian semula,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>