Rakyat diseru ambil peluang terhidang dalam ekonomi digital
Iklan
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (kiri) berucap sempena program #Saya Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Bedudu Cafe Putatan, pada Sabtu. - Foto Bernama
KOTA KINABALU - Rakyat negara ini terutama usahawan diseru supaya mengambil pelbagai peluang yang terhidang dalam ekonomi digital bagi mentransformasikan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik kata, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, bagi membantu rakyat ke arah itu, kementeriannya telah melaksanakan pelbagai program untuk memberi pengetahuan serta kesedaran bagi membolehkan rakyat menggunakan sebaiknya peluang dalam ekonomi digital.
Iklan
Iklan
Katanya, selain itu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah diberi tanggungjawab bagi memastikan proses transformasi rakyat ke arah ekonomi digital itu berjalan lancar antaranya melalui program #SayaDigital.
"Program #SayaDigital ini jelajah ke segenap kampung, negeri untuk memberikan pendedahan kepada orang kita supaya perniagaan secara konvensional itu satu cara tetapi menyertai perniagaan cara baharu melalui ekonomi digital juga adalah cara yang mesti kita semua terokai.
Iklan
Kita mengajak rakyat ramai-ramai supaya mengambil bahagian sepenuhnya dalam konsep ekonomi digital," katanya ketika berucap semasa hadir program #SayaDigital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Putatan di sini, pada Sabtu.
Annuar berkata, program #SayaDigital juga akan dapat mengajar dan membantu para usahawan muda serta usahawan wanita untuk memanfaatkan sepenuhnya platform ekonomi digital.
Iklan
Beliau berkata, dalam konteks negeri Sabah, usahawan yang mampu maju ke depan terutama melalui ekonomi digital memainkan peranan penting bersama kerajaan negeri dalam memakmurkan dan memajukan ekonomi negeri itu.
"Negeri tidak boleh maju dengan hanya duit kerajaan, tiada negara dalam dunia ini menjadi besar dengan projek kerajaan, mana-mana negara di dunia yang menjadi maju dan besar itu kerana penyertaan kelompok-kelompok usahawan dan pelabur," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>