Penyelewengan dana: Masyarakat India perlu desak tubuh suruhanjaya
Iklan
Anwar ketika hadir pada program bersama masyarakat India di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kaum India di negara ini tidak terus berdiam diri dalam skandal penyelewengan melibatkan dana penting kepada komuniti tersebut.
Anwar menegaskan, masyarakat India seharusnya berani untuk mendesak kerajaan mengadakan audit forensik terhadap penyelewengan dana melibatkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), Maika Holdings Berhad (Maika) dan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED).
Iklan
Iklan
Beliau berkata, desakan tersebut perlu dibuat segera bagi memastikan tiada lagi isu kepinggiran berlaku kepada kaum berkenaan pada masa akan datang.
"Peruntukan telah diberikan tetapi tidak dikawal dengan baik, termasuk ketika saya jadi Menteri Kewangan dahulu. Orang India semuanya mesti tuntut sama ada menubuhkan suruhanjaya atau audit forensik untuk menyiasat perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas program bersama masyarakat India di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Sabtu.
Iklan
Sementara itu Naib Presiden PKR, K Saraswaty ketika berucap pada program berkenaan bangkit mempersoalkan MIC mengenai dana kerajaan kepada MIED dan Universiti AIMST yang didakwa digunakan bagi tujuan membantu pelajar India miskin di negara ini.
"Saya telah beri ucapan ketika Mesyuarat Agung MIC tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah buat pengumuman peruntukkan tahunan untuk Universiti AlMST dinaikkan daripada RIM20 juta kepada RM25 juta. Soalan saya, apakah yang telah dilakukan oleh pengurusan AlMST dan MIC terhadap dana-dana tersebut?
Iklan
"Dana (keseluruhan) sebanyak RM45 juta, RM20 juta pada 2020 dan RM25 juta untuk 2021. MIC kata saya buat kenyataan palsu, tetapi soalan saya, kalau PM sendiri sudah umum ia adalah 'annual payment' mestilah tahun sebelum itu juga ada.
"Jadi apakah 'breakdown' oleh MIC untuk bantu pelajar miskin kita dengan peruntukkan berkenan," soalnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.