Dakwaan ketua polis daerah dera pembantu rumah hanya fitnah: PDRM

Iklan
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang ketua polis daerah didakwa terlibat dalam kes penderaan terhadap pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia di Batu Caves, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan berita yang mendakwa suspek dalam kes terbabit adalah seorang ketua polis daerah.

Iklan
Iklan

Tambah Arjunaidi, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan kepada pihak yang didapati cuba memanipulasikan kebenaran sesuatu berita.

Pada 31 Ogos lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima laporan daripada seorang wanita warga Indonesia berumur 46 tahun yang mendakwa didera oleh majikannya di sebuah rumah di kawasan Batu Caves, Selangor.

Iklan

Polis kemudian menahan dua warga tempatan berumur 35 dan 38 tahun iaitu pasangan suami isteri yang merupakan suspek dalam kes itu.

Pada Khamis, kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan suspek wanita dalam kes ini dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Iklan

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 13 Atipsom 2007, kedua-dua suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Klang dan mengaku tidak bersalah serta membayar wang jaminan ditawarkan iaitu RM10,000 setiap seorang.

Suspek berusia 35 tahun juga dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan mengaku tidak bersalah serta membayar wang jaminan RM8,000.

Mahkamah menetapkan sebutan kes bagi kedua-dua pertuduhan itu pada 5 Oktober depan di Mahkamah Sesyen Klang.