MELAKA - Kerajaan Melaka berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi kelonggaran pinjaman dalam sektor pelancong kepada pemain-pemain industri dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober depan.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, cadangan itu dapat memberi nafas baharu kepada pemain industri untuk bangun dan stabil dalam fasa peralihan ke endemik.