10 maut bangunan kediaman runtuh di Aleppo, Syria

Iklan
Gambar hiasan.

DAMSYIK - Sebuah bangunan kediaman lima tingkat runtuh di bandar Aleppo, utara Syria pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang, lapor Xinhua memetik Agensi Berita SANA.

Mayat enam wanita, tiga kanak-kanak dan seorang lelaki ditemukan di bawah runtuhan di kawasan kejiranan al-Fardous, menurut laporan itu.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa dilaporkan mula mengosongkan bangunan berhampiran.

Memetik pegawai penguatkuasa di Aleppo, bangunan yang runtuh itu didakwa telah dibina secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa. - Bernama

Iklan
Iklan