Piala FA: Sanusi sokong Terengganu FC

Iklan
Tangkap layar akaun TikTok rasmi Muhamamd Sanusi menggayakan jersi Terengganu FC dalam satu majlis.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi sokongan kepada Terengganu FC bagi perlawanan Piala FA pada Sabtu ini.

Muhamamd Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut yakin bahawa sokongan rakyat Malaysia juga akan memihak kepada Terengganu FC berbanding Johor Darul Ta’zim (JDT).

Iklan
Iklan

Katanya, hanya orang Johor saja yang akan menyokong pasukan dari selatan tanah air itu manakala mereka yang berada di negeri lain akan memihak kepada Terengganu.

Baru-baru ini tular di media sosial klip video durasi 21 saat memaparkan Muhammad Sanusi menggayakan jersi Terengganu FC dalam satu majlis.

Iklan

Klip video itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen mengenai sokongan akan diberikan Muhammad Sanusi kepada negeri pantai timur itu.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi tetap berlapang dada sekiranya Terengganu kalah dalam perlawanan akhir itu nanti.

Iklan

"Kalau kalah, saya akan terima dengan berlapang dada. Tetapi tetap sokong Terengganu," katanya.