Polis buru lelaki intai guru wanita dalam tandas

Iklan
Rakaman CCTV memaparkan suspek mundar-mandir di hadapan tandas.

SHAH ALAM - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mengintai guru wanita di Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21 di sini pada 15 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa, seorang guru berusia 32 hadir ke lokasi kejadian bersama anak muridnya untuk menghadiri latihan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Semasa mangsa berada dalam tandas wanita, mangsa dapati seorang lelaki mengintai dari bilik tandas sebelah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kejadian itu turut tular selepas satu klip video berdurasi dua minit 11 saat memaparkan suspek mundar-mandir di lokasi kejadian sebelum masuk ke tandas wanita dimuat naik seorang pengguna media sosial.

Iklan

Sehubungan itu, Mohd Iqbal berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memburu suspek dan polis masih dalam proses mendapatkan semua rakaman CCTV di lokasi sekitar.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Iklan

"Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Hadi di talian 016-2745515," ujar beliau.