Thailand adakan pilihan raya kecil, kiraan semula undi
Iklan
BANGKOK - THAILAND. Thailand akan mengadakan pilihan raya kecil di enam pusat pengundian manakala kiraan semula undi bakal dilakukan di dua lagi kawasan lain, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), semalam.
Keputusan itu dibuat selepas terdapat dakwaan penyelewengan undi seperti laporan nombor tidak sepadan, pengundi tidak layak dan penangguhan keputusan berulang kali selepas Pilihan Raya Umum pada 24 Mac lalu.