Kelantan belum mahu mengalah
Iklan
Pemain Kelantan, Mohamad Fazrul Amir Md Zaman (kanan) melakukan percubaan ketika perlawanan menentang Selangor 2 FC dalam saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. - Foto Bernama
KELANTAN FC masih belum mahu mengangkat 'bendera putih' walaupun peluang bergelar juara Liga Premier musim ini semakin tipis susulan kekalahan pada Ahad.
Pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya berkata, kekalahan itu membuatkan The Red Warriors (TRW) bimbingannya kini terpaksa bergantung harap kepada keputusan perlawanan terakhir Johor Darul Ta'zim II (JDT II) yang kini berada di tangga teratas liga.
Iklan
Iklan
"Perlawanan terakhir Kelantan FC akan bertemu Kelantan United FC (KUFC) dan kami masih lagi dalam misi mencari tiga mata penuh, pemain perlu lupakan kekalahan ini dan perbaiki kelemahan,” katanya kepada selepas perlawanan tersebut di Kota Bharu.
Hasrat Kelantan FC memintas kedudukan pendahulu Liga Premier, JDT II terbantut selepas tewas 1-2 kepada Selangor FC II di Stadium Sultan Muhammad IV.
Iklan
Kelantan memperoleh gol tunggal menerusi sepakan penalti Muhammad Ghaffar pada minit ke-76, manakala Selangor FC II menerusi jaringan Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-28 dan S Sharvin pada minit ke-34.
Kelantan FC kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 36 mata, kurang tiga mata berbanding JDT II yang mengumpul 39 mata selepas 17 perlawanan Liga Premier. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>