MITI terus perkukuh daya saing negara, pacu prestasi dagangan
Iklan
Mohamed Azmin
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh daya saing negara dengan memajukan aspek kerumitan ekonomi serta memupuk ekosistem perindustrian yang mantap dengan meningkatkan inovasi untuk terus memacu prestasi perdagangan negara yang positif.
Ketika menegaskan komitmen itu, Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, MITI akan turut mempertingkat aspek keterangkuman menerusi usaha mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan menggalakkan peluang menyertai rangkaian bekalan serantau serta global.
Iklan
Iklan
"Malaysia di landasan tepat untuk mendapatkan lebih banyak projek berkualiti, berimpak tinggi dan berintensifkan modal dengan sektor perkhidmatan menjadi pemacu pertumbuhan utama ekonomi selain menjadi penyumbang terbesar pelaburan yang diluluskan bagi separuh pertama tahun ini," katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.
Pada Jumaat lepas, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan kejayaan Malaysia menarik pelaburan diluluskan bernilai RM123.3 bilion (AS$28.0 bilion) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama bagi separuh pertama 2022.
Iklan
Jumlah itu melibatkan sebanyak 1,714 projek yang dijangka dapat mewujudkan 57,771 pekerjaan.
Dalam kenyataannya, MIDA berkata, pelaburan langsung asing kekal sebagai penyumbang utama aliran masuk pelaburan iaitu 70.9 peratus atau RM87.4 bilion (AS$19.9 bilion) manakala pelaburan daripada sumber domestik pula menyumbang 29.1 peratus atau RM35.9 bilion (AS$8.2 bilion). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>