Najib dimasukkan ke hospital

Iklan
Najib

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang, telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Menurut laporan Astro Awani pada Ahad, perkara itu disahkan sendiri oleh pegawai beliau yang turut memaklumkan bahawa keadaan bekas Presiden UMNO itu sebagai stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan diperlukan.

Iklan
Iklan

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.