Tukang cuci warga Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara

Iklan

BALIK PULAU - Seorang tukang cuci warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat atas pertuduhan membunuh rakan senegara dalam kejadian Ogos lepas.

Tertuduh, Mohammad Imran Miah, 32, didakwa membunuh rakannya Alam Safiq di Jalan TAR di hadapan pintu masuk Kompleks Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru di sini pada jam lebih kurang 9.30 malam hingga 11.17 malam, 21 Ogos lepas.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tertuduh hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Mohammad Imran didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 November ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat.

Iklan

Pada 22 Ogos lepas, media melaporkan seorang lelaki warga asing maut dipercayai ditikam dalam pergaduhan di kawasan Bukit Gedung, Bayan Baru dekat sini. - Bernama