Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan belian semasa harga murah
Iklan
Gambar hiasan
BURSA Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, didorong pembelian semasa harga murah selepas dagangan mengalami penurunan ketara semalam, walaupun sentimen lemah menyelubungi pasaran global.
Saham di Wall Street mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman dan dolar meningkat apabila pelabur beralih kepada aset selamat dalam keadaan kebimbangan terhadap pertumbuhan China sebelum data pekerjaan Amerika Syarikat dikeluarkan, kata peniaga.
Iklan
Iklan
Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 5.89 mata kepada 1,497.84 daripada 1,491.95 ketika ditutup, pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.17 mata lebih baik kepada 1,493.12.
Iklan
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 173 berbanding 110, manakala 186 kaunter tidak berubah, 1,820 kaunter tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 175.15 juta unit bernilai RM69.57 juta.
Iklan
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, ketidaktentuan di peringkat global ditambah dengan penurunan harga komoditi akan terus mempengaruhi sentimen pelabur dalam tempoh terdekat.
"Walaupun Dow Jones telah mencatatkan prestasi lebih tinggi sedikit, kami menjangkakan aktiviti pembelian semasa harga murah hanya muncul di kaunter yang bersifat defensif dan yang merekodkan keuntungan kukuh seperti diumumkan baru-baru ini,” jelasnya dalam nota penyelidikan.
Firma pembrokeran itu menambah, dari segi komoditi, minyak mentah mencecah kira-kira AS$92 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan di bawah RM4,000 dan harga emas susut di bawah paras AS$1,700.
"Bagi sektor yang menjadi tumpuan hari ini, pelabur harus kekal berhati-hati dalam sektor teknologi kerana Nasdaq kekal dalam pergerakan menurun.
"Sementara itu, sektor tenaga dan perladangan mungkin menghadapi tekanan jualan di tengah-tengah penyusutan harga komoditi. Kami mengekalkan pendirian positif kami terhadap sektor seperti berorientasikan eksport, pengguna, perbankan dan telekomunikasi di tengah-tengah ketidaktentuan global,” menurutnya.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM8.95, Public Bank naik dua sen kepada RM4.68 dan CIMB menokok tiga sen kepada RM5.51, Petronas Chemicals turun lapan sen kepada RM8.70 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.18.
Bagi saham aktif, Jentayu meningkat dua sen kepada 55 sen, Dagang Nexchange naik satu sen kepada 83 sen, Shin Yang Shipping menokok 3.5 sen kepada 63 sen, Jade Marvel kurang satu sen kepada 30 sen manakala SNS Network tidak berubah pada 25 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 39.51 mata kepada 10,600.74; Indeks FBMT 100 menokok 37.13 mata kepada 10,351.67; FBM 70 naik 30.69 mata kepada 12,595.29; FBM ACE menambah 15.29 mata kepada 4,840.33 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 34.48 mata kepada 10,649.09.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 2.07 mata lebih baik pada 6,998.46; Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 82.92 mata kepada 16,826.29; Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.24 mata kepada 180.34 dan Indeks Tenaga merosot 0.87 mata kepada 710.46. - Bernama
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.