Sukar bentuk kerajaan tanpa gabungan parti lain: Pas

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas menjangkakan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sukar untuk dilaksanakan tanpa gabungan atau sokongan daripada mana-mana parti politik lain.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, andaian itu dibuat berasaskan situasi semasa yang menunjukkan banyak parti-parti politik baharu wujud di negara ini.

Iklan
Iklan

"Kemungkinan itu ada, tapi nak kata betul atau tidak kita tidak tahu kerana PRU15 belum berlaku. Bila PRU15 barulah kita boleh tahu

"Dengan suasana politik, adanya banyak parti, kecelaruan isu yang ada berkemungkinan besar tidak ada mana-mana parti dominan untuk memerintah. Untuk bentuk kerajaan kena ada sokongan parti lain," katanya selepas ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh, di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, oleh itu semua pihak perlu terbuka jika wujudnya kerajaan campuran selepas ini.

Katanya, dari segi cara pembentukan perlu menunggu selepas PRU15.

Iklan

Akhbar tempatan pada Selasa melaporkan, veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li meramalkan parti politik yang bertanding pada PRU15 kali ini dilihat sukar untuk mendapat majoriti mudah sekali gus membentuk kerajaan.