Lebih 4,000 jawatan kosong ditawar
Iklan
Lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Jamin Kerja sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah dari 2 hingga 4 September ini. - Gambar fail Bernama
ALOR SETAR - Golongan belia di negeri ini diseru mengambil peluang mengintai tawaran pekerjaan yang ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Jamin Kerja sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berlangsung dari 2 hingga 4 September ini.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah, Mohamad Haron Othman berkata, terdapat lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan menerusi karnival itu dengan sebanyak 35 majikan telah mengesahkan penyertaan.
Iklan
Iklan
"Semua jawatan daripada operator pengeluaran sehingga jawatan eksekutif serta jurutera. Temu duga terbuka dijalankan pada sesi karnival ini berlangsung," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Sehubungan itu, Mohamad Haron berharap golongan belia tidak melepaskan peluang mengunjungi karnival itu di perkarangan Stadium Darul Aman di sini untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan tersebut dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan masing-masing.
Iklan
Beliau berkata, penganjuran karnival sedemikian yang menawarkan peluang pekerjaan juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan pelaburan di Kedah. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>