KUALA LUMPUR - Perkembangan ekonomi negara yang memberangsangkan pada hari ini adalah hasil daripada antara lainnya dasar fiskal mengembang melalui Bajet 2022, dasar monetari yang kekal akomodatif serta pembukaan semula sepenuhnya ekonomi dan sempadan antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata Malaysia kini signifikan di mata dunia, malah telah membuktikan pencapaian ekonomi dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini.