Banjir Pakistan: Angka kematian meningkat 1,061 orang

Iklan
Kawasan banjir di daerah Charsadda, wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada 27 Ogos lalu. - Foto AFP

KARACHI - [DIKEMAS KINI] Bilangan kematian akibat banjir monsun yang berlaku di beberapa wilayah Pakistan meningkat kepada 1,061 pada Isnin mengikut angka yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara negara itu.

Ia berkata, seramai 28 orang telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelumnya tetapi anggota-anggota pihak berkuasa masih berusaha untuk tiba ke perkampungan terputus hubungan di kawasan pergunungan utara negara tersebut.

Iklan
Iklan

Banjir monsun pada tahun ini itu telah menjejaskan kehidupan lebih 33 juta penduduk dan memusnahkan atau merosakkan hampir sejuta buah rumah.

Pada Ahad lalu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan negara itu menyatakan bahawa angka kematian akibat hujan monsun mencecah 1,033 orang.

Iklan

Ketua Delegasi Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa Pakistan, Peter Opholf memberitahu Sky News, musim tengkujuh sepatutnya berhenti pada penghujung bulan Julai lalu.

Menurutnya, situasi di Pakistan juga adalah teruk dan masalah terbesar ialah akses kerana kira-kira 3,000 kilometer jalan raya telah musnah dan 160 jambatan telah dihanyutkan.

Iklan

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Balochistan dan Sindh di selatan dan barat negara berkenaan.

Pada awal tahun ini sebahagian tempat di negara itu berada dalam cengkaman kemarau dan gelombang panas dengan suhu mencecah 51 darjah Celsius di Jacobabad, wilayah Sindh. - Agensi