17 peratus penduduk Eropah berisiko kurang air menjelang 2050

Iklan
WWF beri amaran 17 peratus penduduk Eropah bakal berdepan masalah kekurangan air menjelang 2050. Foto 123RF

ZAGREB - Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) memberi amaran bahawa 17 peratus penduduk Eropah bakal berdepan masalah kekurangan air menjelang 2050.

Sebarang perubahan drastik di benua itu boleh menjejaskan ekonomi tempatan, lapor HINA.

Iklan
Iklan

"Memandangkan Eropah mengalami gelombang panas terburuk dalam sejarah, musim kemarau dan paras air sungai yang rendah, analisis baharu oleh WWF menganggarkan bahawa 17 peratus penduduk benua itu dan 13 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kemungkinan berdepan risiko kekurangan air yang melampau menjelang 2050 - melainkan kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan mengambil tindakan segera untuk meningkatkan daya tahan masyarakat dan ekonomi, khususnya melalui Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi," menurut WWF.

Menurut kenyataan akhbar, Greece, sebagai contoh, adalah antara negara yang menghadapi risiko tertinggi, dan 82 peratus penduduknya bakal berdepan risiko kekurangan air melampau menjelang 2050.

Iklan

"Tetapi 60 peratus sungai di Eropah kini terjejas, walaupun terdapat kewajipan undang-undang Rangka Kerja Air EU untuk melindungi dan memulihkan sumber air tawar Eropah dan memastikan semua sungai mencapai status sungai bersih menjelang 2027."

WWF memaklumkan bahawa negara-negara di rantau Adria menghadapi risiko kekurangan bekalan air yang sangat rendah.

Iklan

Bagaimanapun, sebarang perubahan drastik di benua itu boleh menjejaskan ekonomi di negara-negara rantau Adria. - Bernama