Lelaki warga Myanmar diberkas curi kereta
Iklan
AMPANG - Seorang lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Pandan Perdana pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa mendapati kereta jenis Proton Iswara yang di parkir di tepi jalan telah hilang.