Ebit Lew dibicara libat 11 pertuduhan gangguan seksual
Iklan
SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah berkaitan 11 pertuduhan gangguan seksual pada 27 hingga 30 September ini.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, Ebit Lew atau Ebit Irawan Ibrahim sebelum ini telah dituduh di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada Februari.