Syed Saddiq gesa segera laksana Akta Kerja 1955 (Pindaan)
Iklan
SYED SADDIQ
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa agar Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan segera dilaksanakan.
Beliau menyifatkan tindakan itu menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak mengambil berat akan kebajikan pekerja.
Iklan
Iklan
"Akta Kerja (pindaan) dah lulus Mac lepas, tetapi menteri umum untuk tangguh semalam (Jumaat).
"Empat bulan dia tangguh pindaan yang sepatutnya sudah boleh dikuatkuasakan segera. Kenapa seolah-olahnya tidak kisah dengan kebajikan golongan pekerja?
Iklan
"Saya pasti ramai yang ternanti-nanti penguatkuasaan Akta Kerja (Pindaan) yang sepatutnya bermula pada 1 September ini, hanya lebih kurang seminggu sahaja lagi. Tapi itulah, menteri dah umum untuk tangguh ke tahun hadapan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang dijadualkan bermula pada 1 September ini ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.
Iklan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pada Jumaat berkata, penangguhan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mempersoalkan alasan penangguhan yang mana pihak industri memerlukan lebih masa untuk melaksanakan akta tersebut.
"Persoalan saya kenapa ? Ini kerana, akta ini telah pun diluluskan pada Mac. Cuba kalau akta ini dapat memberikan menfaat kepada menteri atau ahli politik yang lain?
"Pasti hari ini lulus, esok dah kuatkuasakan! Jangan cari alasan, tapi segeralah laksanakan!” tegas beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi"><meta itemprop="description" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #liputan4gdisekolah #menterikomunikasi #kementeriankomunikasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T04:53:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P218S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzzqya"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzzqya"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzzqya"></script>