Dua lelaki seleweng diesel RM163,550 diberkas

Iklan
Antara tong dipercayai berisi minyak diesel yang dirampas menerusi serbuan di sebuah tanah lot di Semenyih pada Jumaat.

HULU LANGAT - Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan rampasan bernilai RM163,550 di sebuah tanah lot di Semenyih pada Jumaat.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, serbuan dijalankan pasukan khas Polis Diraja Malaysia(PDRM) sebelum diserahkan kepada pihaknya bagi siasatan selanjutnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua suspek yang ditahan itu merupakan warga tempatan berumur antara 35 dan 45 tahun.

"Antara barangan yang dirampas ialah sejumlah 47 tong jenis IBC (Intermediate Bulk Containers) berkapasiti 1,000 liter, 31 tong berisi cecair disyaki diesel dianggarkan jumlah keseluruhannya 31,000 liter.

Iklan

"Kedua-dua suspek yang ditahan gagal untuk mengemukakan dokumen atau kebenaran bagi menyimpan dan berurus niaga barang kawalan iaitu diesel dan petrol," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima pelbagai barang kes yang disyaki digunakan dalam aktiviti penyelewengan terbabit.

Iklan

"Antaranya dua buah kenderaan yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan minyak diesel, iaitu sebuah lori dan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda.

"Kes serahan agensi ini diambil dan disiasat berhubung kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," jelas beliau.