Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan lima negeri petang Jumaat. Foto hiasan.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan lima negeri petang Jumaat.

MetMalaysia menerusi ciapan di laman Twitter melaporkan, ribut petir berlaku di lima negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Sabah dan dijangka berlarutan sehingga jam 6 petang.