Simpanan pelanggan hilang, bank perlu bertanggungjawab

Iklan
Mohd Shahar ( tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU pembangunan sukan dron di Medini pada Khamis.

ISKANDAR PUTERI - Institusi kewangan digesa bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan pelanggan sekiranya isu tersebut timbul akibat kecuaian pihak bank.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) turut melakukan pemantauan isu kehilangan wang simpanan pelanggan yang kini menjadi tumpuan ramai.

Iklan
Iklan

Malah perkara itu, jelasnya sudah banyak kali dibangkitkan dan dijawab pada sesi sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

"Saya sudah jawab banyak kali Dewan Rakyat. Bank negara memang ada lakukan pemantauan.

Iklan

"Dalam masa sama, sudah pasti kita akan arahkan institusi kewangan untuk melihat sekiranya kecuaian itu di bawah pihak mereka, maka pihak berkenaan perlu bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatagani memorandum persefahaman (MoU) pembangunan sukan dron di Medini di sini, pada Khamis.

Iklan

Hadir sama, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Pada Selasa, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman dilaporkan berkata, pihak bank tidak boleh lepas tangan dan menyalahkan pelanggan semata-mata apabila scammer atau penggodam ‘merompak’ duit pendeposit dalam akaun mereka.

Sebaliknya pihak bank didesak supaya membayar semula ganti rugi kepada pelanggan apabila berlaku kes kehilangan wang simpanan yang berpunca daripada kelemahan sistem sekuriti perbankan.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, BNM perlu mengkaji semula perihal kebertanggungjawaban bank komersial terhadap isu kehilangan wang pelanggan yang semakin kerap berlaku.

Sebelum itu Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah mendakwa, kehilangan wang simpanannya sebanyak RM13,000 pada 19 Ogos lalu menerusi tiga transaksi yang mencurigakan pada jam 2 pagi.

Beliau mendakwa tidak menyedari tiga transaksi tersebut kerana tidak menerima nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) daripada pihak bank.