Ketua Polis Jepun letak jawatan

Iklan
Itaru Nakamura - Foto Japan Today

TOKYO - Ketua Agensi Polis Kebangsaan Jepun pada Khamis mengumumkan beliau akan meletak jawatan kerana rasa bertanggungjawab di atas pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.

Itaru Nakamura adalah pegawai paling kanan yang meletak jawatan berhubung pembunuhan Abe semasa perhimpunan di bandar Nara pada 8 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Pakar menyifatkan pembunuhan itu berpunca daripada tahap kawalan keselamatan yang lemah dan longgar.

"Untuk itu adalah wajar bagi kami untuk membina organisasi baharu," kata Nakamura bagi menjustifikasikan peletakan jawatannya.

Iklan

Abe maut akibat ditembak pada pagi Jumaat di bandar Nara ketika sedang berkempen untuk pilihan raya.

Suspek, Tetsuya Yamagami, 41, menghampiri ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter.

Iklan

Pegawai Jepun termasuk Perdana Menteri, Fumio Kishida mengakui bahawa kelemahan kawalan keselamatan memudahkan suspek melancarkan serangan. - Agensi