Tak mampu, tapi masih mahu bina kapal

Iklan

Kementerian Pertahanan melalui satu tinjauan pada tahun 2006 menyatakan industri seperti BNS mempunyai kepakaran yang rendah dalam pembinaan kapal.

Jelas penganalisis pertahanan dan geostrategik, Muhamad Fuad Mat Noor, walaupun demikian keputusan tetap dibuat untuk membina kapal sendiri, yang disifatkannya sebagai satu keputusan yang kurang tepat.

Iklan
Iklan

Katanya,sebagai perbandingan, PT PAL di Indonesia hanya membina empat daripada enam bahagian kapal Sigma manakala selebihnya dibina di Belanda walaupun mereka mempunyai kemampuan yang lebih baik daripada BNS.

Fuad berkata demikian ketika program Wacana Sinar Harian Siri 361 bertajuk ‘ LCS: Ada dalam tiada‘ pada Selasa.

Iklan
Iklan