KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memakai sut biru gelap berkemeja putih memasuki bilik bicara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada jam 10.42 pagi Khamis, untuk prosiding kes rasuah dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.
Bekas Perdana Menteri itu dipercayai memakai baju warna yang sama semasa prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa lalu.