Rakyat Malaysia miliki syabu dicekup di Hatyai
Iklan
SONGKHLA - Walaupun pernah ditahan dan dipenjarakan kerana kesalahan dadah, seorang rakyat Malaysia tidak serik malah mengulangi kesalahan sama di Hatyai, Selatan Thailand.
Lelaki berusia 55 tahun yang dibebaskan dari penjara pada 2017 kerana memiliki dadah itu, sekali lagi dicekup pasukan polis narkotik Daerah Hatyai di sebuah rumah sewa pada pukul 5.00 petang (waktu tempatan) semalam.