Teruskan usaha PH ringankan beban guru: Syed Saddiq
Iklan
KPM digesa meringankan beban guru di sekolah seperti yang pernah dilakukan kerajaan PH dahulu. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) meringankan beban guru di sekolah seperti yang pernah dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu.
Menurut beliau, sebanyak 50 peratus beban guru berjaya dikurangkan pada era kerajaan PH dengan diwujudkan jawatan pembantu guru.
Iklan
Iklan
Beliau mengulas demikian selepas tular satu video menerusi akaun Tik-Tok"urlastexxxxxx” tentang seorang guru yang dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak mampu lagi menghadapi bebanan kerja.
Syed Saddiq yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, sebagai individu yang datang daripada latar keluarga pendidik, beliau sangat memahami bebanan yang dihadapi oleh para guru.
Iklan
"Kesian bila saya tengok masih lagi cikgu kena buat kerja lebih dari mengajar. Walaupun sesi mengajar habis pada pagi, tapi petang kena sambung tanda kerja rumah pelajar-pelajar.
"Bukan satu kelas saja, tapi kadang-kadang boleh sampai dua ke tiga kelas dan dua darjah atau tingkatan lagi,” ujar beliau.
Iklan
Tambahnya, guru bukan sahaja dibebankan dengan tugasan mengajar bahkan mereka juga terpaksa melakukan tugasan pengkeranian dan terlibat dengan aktiviti kokurikulum.
Jelas beliau, berdasarkan pengalaman ibunya yang merupakan seorang guru, ketika menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, para guru tetap dikerah untuk mengemas sekolah meskipun pada masa tersebut Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hampir tiba.
"Saya takut bila dah dibebani macam ini, cikgu-cikgu hilang minat untuk mengajar kerana terlalu penat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>