Pekerja buruh ditahan peras ugut tauke kedai runcit

Iklan
Seorang pekerja buruh ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan di sebuah kedai runcit di medan selera Pandan Perdana, pada Ahad. - Gambar hiasan

AMPANG - Seorang pekerja buruh ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan di sebuah kedai runcit di medan selera Pandan Perdana, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 6 petang, suspek berusia 41 tahun itu datang ke kedai berkenaan dan meminta seorang lelaki berusia 64 tahun membayar wang perlindungan RM100.

Iklan
Iklan

"Suspek turut mengugut akan merosakkan barangan kedai milik mangsa. Suspek turut menendang barangan di kedai itu serta mengugut akan datang memukul mangsa dikemudian hari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek terbabit pada jam 12.05 tengah malam Selasa di Pandan Perdana.

Iklan
Iklan

"Suspek direman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan," katanya.