Najib diperintah jalani hukuman penjara

Iklan
Najib - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Iklan
Iklan

Mendengar keputusan itu, Najib terduduk dalam kandang tertuduh dengan ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak.

Turut kelihatan ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengelilingi Ahli Parlimen Pekan itu.

Iklan
Iklan

Najib yang hadir ke mahkamah dengan memakai sut, kelihatan muram dan ditenangkan oleh ahli keluarga dan penyokong yang berada di mahkamah.