Suspek bunuh remaja Orang Asli direman seminggu

Iklan
Suspek kes bunuh remaja Orang Asli di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Ahad lalu direman seminggu bagi membantu siasatan. Gambar kecil: Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN - Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh remaja perempuan Orang Asli di Bukit Ibam, Muadzam Shah, Ahad lalu direman selama seminggu bermula Selasa hingga Isnin depan.

Suspek berusia 22 hingga 29 tahun itu ditahan Isnin lalu bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil soal siasat mendapati mangsa dan suspek saling mengenali dan dari kawasan yang sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat namun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Iklan

"Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi dan Ketua Polis Daerah Raub di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.

Iklan

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah ditemui meninggal dunia dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, Muadzam Shah.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2.45 petang oleh salah seorang ahli keluarga dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala disyaki dibunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.